Thursday 5 April 2012


Rancangan Pelajaran Harian
Bahasa Malaysia
(Pendidikan Khas)





Nama Guru                           :           Suriani binti Atan.
Kelas                                      :           Sinaran 2
Matapelajaran                       :           Bahasa Malaysia.
Tarikh                                     :           28 Mac 2012.
Masa                                      :           10.35 pagi – 11.05 pagi (30 minit)
Topik                                      :           Membina dan menbaca dua sukukata.
Sub-Topik                              :           Alatan Dapur.
Bilangan Murid                    :             5 orang.

Pengetahuan Sedia Ada   :           -    Murid sudah mengenal huruf a-z.
-       Murid boleh menyebut sukukata kv + kvk
-       Murid telah mengenal hamper semua peralatan dapur.

Hasil Pembelajaran             :           Di akhir pelajaran murid-murid boleh :
i.              mengenal dan menyebut alatan dapur tanpa bimbingan guru.
ii.            mengeja semula nama alatan dapur dengan betul secara lisan dan tulisan.

Banhan Bantu Mengajar    :           Komputer riba, bendan maujud (alatan dapur),
                                                            Kad sukukata, lembaran kerja dan kad gambar
                                                            (alatan dapur).

Pengabungjalinan              :           Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.

Nilai-Nilai Murni                   :           Bekerjasama, Fokus, Mematuhi Arahan, Bersungguh-
                                                            Sungguh.













Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

- Persediaan Murid.
- Tayangan Video

- Guru meminta murid bersedia untuk pelajaran pada hari ini.
- Tayangan video –situasi di dapur.
- Guru bersoal-jawab dengan murid tentang tayangan video itu.

·          

BBM :
Komputer Riba.

Nilai : Fokus

Perkembangan.
Langkah 1.
( 5 minit)

Memperkenalkan alatan dapur kepada murid.
i.              Garpu.
ii.            Pisau.
iii.           Sudu
iv.           Cawan
v.            Gelas.

- Guru memperkenalkan alatan  dapur kepada murid-murid.
-  Guru meminta murid menyebut setiap alatan dengan sebutan yang betul.
-  Guru turut menyoal kefahaman murid tentang kegunaan alatan tersebut secara ringkas.


Gambar ditampal di papan putih.


Nilai : Fokus

Langkah 2
(10 minit)



- Guru memperkenalkan suku kata  bagi setiap gambar kepada murid.

- Guru menjalankan aktiviti mengeja sukukata dan membaca setiap perkataan bagi setiap gambar alatan dapur tersebut.


-Guru menunjukkan kad gambar alatan dapur kepada murid dan tampal di papan putih. Murid menyebut nama gambar.

- Guru menampal sukukata-sukukata tersebut setiap satu sambil dieja oleh murid.

- Guru meminta murid seorang demi seorang tampil ke hadapan kelas untuk untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut.




- Murid- murid secara beramai-ramai membaca perkataan tersebut.

-Ulang aktiviti tersebut bagi murid yang belum menguasai sepenuhnya.
-        

Bimbingan guru perlu bagi murid yang belum menguasai sepenuhnya.


BBM : Kad sukukata, Kad gambar

Nilai : Keyakinan diri dan kerjasama.





Terapi : Pertuturan

Langkah 3
( 8 minit)

Latihan Pengukuhan.

-Guru memberi latihan melalui lembaran kerja sebagai pengukuhan.
i. Mengecop gambar dan labelkan.
ii. Lengkapkan sukukata.
iii. Kerjarumah – cari benda tersembunyi.



BBM :
Lembaran Kerja.

Nilai : Mematuhi arahan.

Penutup
( 2 minit)

Membuat Rumusan.

Guru membuat rumusan tentang tajuk pembelajaran pada hari ini.

Nyanyian :

Ini pisau, ini pisau,
Untuk apa, untuk apa?

Untuk memotong   (2x)
Di dapur (2x)

Ini cawan, Ini cawan,
Untuk apa, untuk apa?

Untuk minum air  (2x)
Di dapur  (2x)


Terapi: Muzik.

Nilai :
Fokus,
Bersungguh-sungguh

No comments:

Post a Comment