Monday 30 April 2012

KENALI INSAN ISTIMEWA



DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas, adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar pakar dalam bidang:
Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

Kategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran

Autisme
* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down
* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
* Mata sentiasa berair dan merah.
* Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
* Bentuk muka yang kecil.
* Bahagian kepala leper.
* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
* Majoriti berambut lurus dan lembut.
* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
* Berbadan gembal dan rendak.
* Badan yang agak bongkok.
* Suka bermanja, bermain dan gembira.
* Dapat bergaul dengan baik.
* IQ di antara 30 hingga 80.
* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan
1. Adiot
* Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
* Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
* Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
* Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
* Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
* Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat
* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
* Sukar bernafas.
* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
* Selalu menangis.
* Sukar bercakap dan memahami orang lain.
* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
* Tidur yang berlebihan.
* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.


Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif
* Murang dan menyendiri.
* Aktiviti fizikal yang pasif.
* Tiada respond pada persekitaran.
* Suka termenung.
* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
* Menundukkan muka bila nama dipanggil.
* Suka bermain sendirian.
* Suka berkhayal.

Spastik
* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
* Tidak berupaya mengangkut badan.
* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
* Tidak berupaya memegang objek.
* Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas
* Kebolehan yang luar biasa.
* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
* pergaulan dengan kanak-kanak lain.
* Perkembangan bahasa yang lambat.
* Perbendaharaan kata yang kemas.
* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
* Suka mencari helah.

PALSI SEREBRUM
Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur. Orang yang mengalami serebrum palsi bermaksud mereka ini tidak dapat menggunakan sebagahian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak. Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelahiran disebabkan otak yang tdak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan ataupun kekurangan oksigen. Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan otak, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Bergantung pada bahagian otak yang rosak, satu atau lebih daripada yang berikut :

* Ketegangan otot
* Pergerakan tapa diarah
* Gangguan dalam mobiliti
* Sensasi dan persepsi yang abnormal
* Kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan
* Sakit secara tuba-tiba.

DISLEKSIA
Apakah disleksia
Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu. 



Cerebral Palsy



Down Syndrome



Tuesday 24 April 2012

Karnival 1Murid 1Sukan @ IPPM

Sewaktu Pendaftaran

Cikgu Saiful Rizan bersama Muhd Danial

Fatin menerima hadiah

Gelagat Amirah ketika acara lompat berdiri


Aksi Danial ketika melontar peluru

Danial menerima hadiah bagi acara lontar peluru

Tetamu VVIP terdiri dari Pengarah IPPM,
Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta
dan Ketua  Jabatan  Pendidikan Khas Negeri



Persembahan oleh Murid Pendidikan Khas semasa acara penutup

Ucapan dari Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta
Negeri Melaka

Ucapan dari Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Lawatan ke Kuala Lumpur - Aquaria KLCC


Setiba di perkarangan KLCC

Semasa beratur membeli tiket masuk ke Aquaria

Pertama kali melihat piranha di Aquaria

Khusyuk mendengar sesi penerangan

Seronok menyelusuri aquaria

Bergambar kenang-kenangan




Thursday 5 April 2012


Rancangan Pelajaran Harian
Bahasa Malaysia
(Pendidikan Khas)





Nama Guru                           :           Suriani binti Atan.
Kelas                                      :           Sinaran 2
Matapelajaran                       :           Bahasa Malaysia.
Tarikh                                     :           28 Mac 2012.
Masa                                      :           10.35 pagi – 11.05 pagi (30 minit)
Topik                                      :           Membina dan menbaca dua sukukata.
Sub-Topik                              :           Alatan Dapur.
Bilangan Murid                    :             5 orang.

Pengetahuan Sedia Ada   :           -    Murid sudah mengenal huruf a-z.
-       Murid boleh menyebut sukukata kv + kvk
-       Murid telah mengenal hamper semua peralatan dapur.

Hasil Pembelajaran             :           Di akhir pelajaran murid-murid boleh :
i.              mengenal dan menyebut alatan dapur tanpa bimbingan guru.
ii.            mengeja semula nama alatan dapur dengan betul secara lisan dan tulisan.

Banhan Bantu Mengajar    :           Komputer riba, bendan maujud (alatan dapur),
                                                            Kad sukukata, lembaran kerja dan kad gambar
                                                            (alatan dapur).

Pengabungjalinan              :           Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.

Nilai-Nilai Murni                   :           Bekerjasama, Fokus, Mematuhi Arahan, Bersungguh-
                                                            Sungguh.













Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Set Induksi
(5 minit)

- Persediaan Murid.
- Tayangan Video

- Guru meminta murid bersedia untuk pelajaran pada hari ini.
- Tayangan video –situasi di dapur.
- Guru bersoal-jawab dengan murid tentang tayangan video itu.

·          

BBM :
Komputer Riba.

Nilai : Fokus

Perkembangan.
Langkah 1.
( 5 minit)

Memperkenalkan alatan dapur kepada murid.
i.              Garpu.
ii.            Pisau.
iii.           Sudu
iv.           Cawan
v.            Gelas.

- Guru memperkenalkan alatan  dapur kepada murid-murid.
-  Guru meminta murid menyebut setiap alatan dengan sebutan yang betul.
-  Guru turut menyoal kefahaman murid tentang kegunaan alatan tersebut secara ringkas.


Gambar ditampal di papan putih.


Nilai : Fokus

Langkah 2
(10 minit)



- Guru memperkenalkan suku kata  bagi setiap gambar kepada murid.

- Guru menjalankan aktiviti mengeja sukukata dan membaca setiap perkataan bagi setiap gambar alatan dapur tersebut.


-Guru menunjukkan kad gambar alatan dapur kepada murid dan tampal di papan putih. Murid menyebut nama gambar.

- Guru menampal sukukata-sukukata tersebut setiap satu sambil dieja oleh murid.

- Guru meminta murid seorang demi seorang tampil ke hadapan kelas untuk untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut.




- Murid- murid secara beramai-ramai membaca perkataan tersebut.

-Ulang aktiviti tersebut bagi murid yang belum menguasai sepenuhnya.
-        

Bimbingan guru perlu bagi murid yang belum menguasai sepenuhnya.


BBM : Kad sukukata, Kad gambar

Nilai : Keyakinan diri dan kerjasama.





Terapi : Pertuturan

Langkah 3
( 8 minit)

Latihan Pengukuhan.

-Guru memberi latihan melalui lembaran kerja sebagai pengukuhan.
i. Mengecop gambar dan labelkan.
ii. Lengkapkan sukukata.
iii. Kerjarumah – cari benda tersembunyi.



BBM :
Lembaran Kerja.

Nilai : Mematuhi arahan.

Penutup
( 2 minit)

Membuat Rumusan.

Guru membuat rumusan tentang tajuk pembelajaran pada hari ini.

Nyanyian :

Ini pisau, ini pisau,
Untuk apa, untuk apa?

Untuk memotong   (2x)
Di dapur (2x)

Ini cawan, Ini cawan,
Untuk apa, untuk apa?

Untuk minum air  (2x)
Di dapur  (2x)


Terapi: Muzik.

Nilai :
Fokus,
Bersungguh-sungguh

Wednesday 14 March 2012

Mukadimah



Sejarah PPKI SK Kubu


PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, PPSMI, Pendidikan Islam/Moral dan Kemahiran Hidup.








Rancangan Tahunan PPKI SK Kubu


1. Lawatan muhibah.

2. Majlis Hari Lahir.

3. Lawatan jimat berbelanja.

4. Sambutan Hari Kanak-Kanak

5. Program menabung.

6. Program celik komputer.
7. Hari kualiti Sk Kubu.

8. Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

9. Renang hidroterapi.

10. Bowling.

11. Lawatan sekitar Bandar Melaka dan luar negeri.


Kategori anak-anak istimewa


1. Autisma

2. Sindrom Down

3. Haiperaktif

4. Kerencatan Akal

5. Kecatatan fizikal

6. Disleksia

7. Masalah pembelajaran





Objektif Pendidikan Khas



· Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
untuk murid-murid dengan keperluan khas.

· Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan
kepada setiap murid engan keperluan khas.

· Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat
dan potensi murid dengan keperluan khas.

· Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi
dan terlatih dalam pendidikan khas





Visi


Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid Pendidikan Khas selaras dengan sistem Pendidikan Kebangsaan



Misi

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

1. Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik.


2. Perkembangan diri ke tahap optimum.


3. Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.


4. Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan perkongsian pintar dengan pelbagai
    pihak